
Aku ingin sekali menulis disini kerana aku terasa ingin meluahkan apa yang terbuku dihati dengan tulisan. aku bukan tiada tempat untuk bercerita. tetapi rasanya lebih puas jika aku menaip disini. walaupun tiada sesiapa yang membaca. tidak mengapa.
setelah sekian lama blog ini ditinggalkan. aku cuma ingin menaip suka2 seperti diari aku. ☺️
Aku punya kawan. kawan yang aku anggap sangat baik. sehingga aku rasakan dia lah sahabat aku disini memandangkan ramai kawan2 yang pergi jauh menuntut ilmu. aku selalu meluangkan masa dengannya. bercerita luar dan dalam. sehingga aku rasakan aku tiada rahsia dengannya. dia mmg sahabat aku sejak kecil. sahabat dari sekolah rendah, sekolah menengah. walaupun tidak satu kelas. tapi kami memang baik. sehingga kan kami berdua pernah mengambil keputusan untuk tinggal diasrama sekolah. walaupun sekolah kami hanya lah sekangkang kera dari rumah๐
Tetapi aku memang manja. aku hanya tinggal di asrama sekejap je. itu pun sebab conflik dengan sahabat aku tulah ๐ tahu sebab apa? aku rasakan yang dia sudah melupakan aku kerana bila tinggal di asrama. dia mempunyai lebih ramai kawan sehingga aku terasa dipinggirkan. hahahha kelakar sungguh. dia seorang yang peramah. banyak cakap. aku pula seorang yang pendiam. memang tak punya ramai kawan. sehingga satu tahap aku menangis didepannya kerana hal itu. tapi sebenarnya dia tak sedar pun apa yang berlaku dan menganggap perkara itu tiada apa.
aku mengambil keputusan untuk keluar dari asrama kerana aku merasakan pelajaran aku bertambah merosot. bukannya bertambah baik๐ dan kerana konflik itu jugak lah aku keluar dari asrama. setelah tamat persekolah hubungan aku dengannya pun berubah kepada suam2 kuku. sehingga lah dia menyambung pelajaran ke universiti manakala aku pula hanya menyambung ke peringkat pra universiti di sekolah..
hari berganti hari.. aku terputus hubungan dengannya sehinggalah pada suatu hari aku terasa ingin mengambil angin membonceng motor dengan ibuku. pada masa itu, aku lalu dihadapan rumahnya lalu aku ternampak ibunya dikerusi roda, aku mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumahnya. barulah aku tahu bahawa ibunya terkena penyakit angin ahmar dan dia pula tidak mengahbis kan pelajarannya kerana ingin menjaga ibunya.
bermula dari situ, aku terus berhubung dengannya. dia bercerita semua tentang ibunya. tentang dirinya. aku bertanya padanya. mengapa dia tidak mencari aku disini padahal dia sudah lama balik tinggal dirumah. katanya dia malu. dia merasakan tidak ada siapa mahu berkawan dengannya kerana lama sudah dia menghilang. semenjak dari itu aku kembali rapat dengannya. aku sahaja temannya disini. sehingga beberapa tahun selepas itu.
aku dan dia sentiasa bersama. berkongsi kisah suka dan duka. berkongsi cerita pahit dan manis.. hanya kami berdua. banyak yang kami rancang. ingin kahwin saing๐ ingin cari duit sama2. ingin bisnes sama2 ingin honeymoon pun sama2. huhu . tapi itu semua hanya lah angan2 aku sahaja. semakin lama aku rasakan semakin jauh darinya. dia sudah mula rapat dengan kawan barunya. sekali lagi aku rasa dipinggirkan. ๐ aku cuba menidakkan sehingga lah pada satu ketika dia marah pada aku kerana aku hal yang aku rasa sangat kecil. tapi mungkin dia menganggap ia hal yang serius. ya salah aku. tapi apa yang aku mampu buat hanya memohon maaf sahaja.
ya dia semakin menjauh. sebelum ni akuselalu meminta pendapat dia. meluahkan rasa kepada dia. mencerita semua pada dia memandangkan aku ingin bernikah pada tahun ini. begitu juga dengan dia. tetapi semenjak hal itu. dia langsung tidak menghubungi aku. sedangkan sebelum ini hampir setiap hari kami wajib berhubung walaupun hanya berbual kosong. aku terasa semakin menjauh.
tiada lagi rungutan tentang kerjanya. tiada lagi gosip yang ingin dikongsikan bersama. tiada lagi perlunya aku untuk dia ke mana saja. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. aku juga pernah meluahkan apa yang aku rasakan ini pada kawan ku yang lain. dia juga rapat dengannya. tapi tiada siapa yang mengerti.
aku ini seorang kawan setia. . yang hanya punya satu sahaja sahabat. tidak pernah rasa kawan lain yang terlalu rapat jika aku punya satu itu. itulah aku. disaat aku menulis ini. hidung pun sudah tersumbat dek kerana air mata yang berjujuran. tiada siapa yang mengerti. aku tahu dia tidak rasa pun yang dia semakin menjauh. dia tidak rasa apa yang aku rasa. kerana dia punya kawan baru yang lain. tapi bukan aku. ๐
aku cuma ada dia. ya maafkan aku kerana hal itu. mungkin kau telah membenci ku kerana hal itu. dan mungkin tidak punya kepercayaan terhadap aku lagi. aku cuma rasa terkilan kerana aku dibuang dengan mudah sekali. aku bukan tunggul kayu. sangat terkilan. semoga aku kuat.
sahabat. terima kasih kerana pernah membahagiakan. maaf jika kau tidak merasa semua ini. tapi ini lah yang aku rasa dan pendam selama ini.
sahabatmu dahulu;
Nursyairah binti zuraini

Thursday, April 27, 2017
Sahabat datang dan pergi..



Heart







click it .

