Saturday, December 29, 2012

Best Tak Cuti Sekolah?

Assalamualaikum ! hiks



ambui ambui. makin sihat semuanya semenjak cuti sekolah ni. haha sama la macam aku makin bertambah lemak tepu ni. naik 1kg you know. phewwww. acane nak diet aku tak reti :( haha abaikan. okay nak tanya, cuti sekolah ni korang pergi mana je? holiday mana? best tak cuti sekolah?best tak holiday?  mesti best kan. cuti sekolah aku ni yang bestnya part pergi bercuti je, duduk rumah. phewww tepuuu. ingat cuti ni nak kerja lah kan. cari duit sikit. tapi tulah. macam entry yang lepas tu yang ni lah >Entry lepas< baca kalau nak tahu :p hehe kejam tak kejam lah kan.


okay, tahun ni bercuti dekat PD jewwww. ye la PD  port dickson tu. engkorang yelah dah selalu pergi kan. aku baru tulah first time pergi situu. tu pon sebab nak tengok cousin kat PUSASDA habis graduate tentera darat. tu yang dah alang2 . holiday sekali lah kat sana dengan makcik aku. mak cousin aku tu.entry kali ni tengok gambar je lah. heee


baru sampai masa ni,stay kat Bayu Beach Resort. heee

mak and ayah :D
ni bilik aku tidur bilik first tu dengan adik2 hiks

ruang tamu dia cam niii

comment tentang resort ni ; okaylahh. ada kolam renang , nak pergi pantai pun dekat. dalam apartment tu pon best juga. ada bath tub. wakaka aku sampai hari jumaat. check in pukul 3petang. lepas tu arsyad cousin aku tu mesej mak dia. dia cakap petang tu ada latihan kawad untuk hari ahad. so, kitorang pun terus lah siap2 pergi nak tengok dorang rehearsel *macam mana eja dia? haha!* k abaikan .


ramai juga orang tengok masa tuu.

mak and makcik nora. hee

dah habis tengok orang kawad ape semua balik resort kot. entahlah. tak ingat. aku pergi PD ni masa tu berapa hari bulan. hahaha masa petang tu ada main2 pantai. tunggu matahari terbenam cehh. lepas tu esoknya main2 pantai lagi. round2 pekan lah. malam jalan pi pasar lambak. kiranya kat sana 3hari 2 malam jelah.


ini adik-adik lelaki aku anak ke-3 and ke-4 . yang baju merah tu dah nak masuk form1 yang kecik tu nak masuk darjah 1 . jauh kan jarak dorang.



mak and ayah :D hee
ayah aku sesaja je buat muka bila aku amik gambar. haha


amboi beramas mesra. haha


yang ni adik perempuan aku anak ke-2 nama dia ika. hee


hai saya hafiz. hihik*gelak gedik*



kekanak riang main pasir. jangan tanya kenapa. haha!


tu adik aku yang kecik tu tak suka mandi pantai katenye. nak mandi kolam je. ceh!



dan, tibalah hari ahad yang ditunggu2. apak ramai wa cakap sama lu. ramai gila orang baq hanggg.dipendekkan cerita. ni lah cousin aku.


yang belah kiri tu lah cousin aku. Arsyad nama dia yang belah kanan tu kawan baik dia zul. berkilat jangan cakap lah. askar lah katakan.

ehem yang ni pulak tuan punya blog lah. haha!

ok dah habis. tu je nak cite. hee sekolah dah nak dekat. korang dah beli barang sekolah belum? aku ? aku tak beli apa pun lagi. hiks









Thursday, December 06, 2012

Life tu apa?

Assalamualaikum.



haii ada orang tak ? *krikk krikk* okay :(  dah tak ada manusia yang nak baca blog aku. sedihhh. tahu tak betapa phatethicnya life aku semenjak cuti sekolah ni. dan ye, aku lah penganggur yang terhebat abad ni. *clap clap* dah tuuu apasal tak nak cari kerja? well, hellooooo bukan tak nak cari kerja. dah carii ye dah cariii, tapi semua tak nak amik aku bekerja , betambah patheticnya hidup aku ni. kann. *tumpang bahu* engko ingat senang ke cari kerja? hah ? cehh. dah la malas cakap pasal kerja. lagipun tinggal berapa hari je nak naik sekolah.



sekolah? aku budak sekolah ke? yela aku budak sekolah. rupa tak macam budak sekolah ehh? jangan la macam tu. cedihh akak. aku baru lapan belas. aku form6 la. jangan la menambahkan pathetic yang ade ni. huaaa and you know what. aku tak sabar nak masuk sem 2 !!! cepat la masa berjalan.....tic toc tic toc



dah jarang aku update blog. kalau boleh setahun sekali je. bukan apa. aku tak tahu nak menaip apa. tengok la entry ni je aku meraban pasal life aku yang engkorang bukan amik kisah pun. kann. ha . tahu dah. eh aku nak citer ni. nak tahu tak, setiap hari mak aku bising suruh aku pergi test motor. tu laaa lesen motorsikal. aku tak test2 lagi dari bulan brape tu. aku punya lesen L dah dua kali mati. wkwkwkw first mati , aku hidupkan aku pergi test kereta je. kereta dah pass dah. settle lama dah. ha ni dah mati lagi lesen L . tapi motor tak test2 lagi. hee. bukan apa. hari tu aku sibuk dengan sekolah. *dah tu apasal sekarang tak nak pergi belajar , daripada buang masa menaip entry ni. erkk alaa, aku bukan apa, aku malas la nak pergi belajar, nak terkepak2 ape semua tu. alaa leceh la. ikutkan hati memang malas. tapi nanti la minggu depan ke, dah bayar punya pasal.


semenjak cuti ni dah berapa kali aku tukar tukar skin untuk blog form6. aku tukar, edit siap2. aku rasa macam tak cantik aku tukar lagi edit lagi siap2 lepas tu tukar lagi. aku rasa lah dalam  4,5 kali jugak aku dah tukar skin. dan skin yang sekarang aku masih tak puas hati. baru siap tadi. esok rasa macam nak tukar lagi la.haihhhh. memang susah jadi orang cerewet dan comel macam aku ni. ehhh.



tengok blog aku? style lama kan. berabad dah aku tak tukar. ehh malas. lantak la. aku sayang nak tukar. kenapa entah,. padahal aku dah bosan tengok. tapi aku sayang la. biarlah . alaa. dan sebelum tu. apa kata korang tengok blog ni jap. hehehe ok la byeee :)

http://nadiyadin.blogspot.com/




p/s rajin jugak korang baca sampai habis eh? hehe


Saturday, October 13, 2012

STPM nak dekat!

Assalamualaikum.
 
hai . dah lama tak update blog :)

 rasa macam awkward gila dah lama tak update blog ni. rindu tak? haha  awak semua sihat? *bajek ramai je yang baca kui3 . saya kat sini alhamdulillah sihat2 sahaja :> thanks la kepada yang sudi nak buka blog ni walaupun tak ada apa yang menarik pun. *sedih :<
saya dah tak aktif pun dekat blog ni. tetiba rasa nak update. hee banyak bende nak story. tapi tak tahu nak story  dari mana. hee

 

*curi dari kawan . hee  :b cuba cari saya yang mana xD


sekarang dah jadi pelajar form6 A.K.A pra-universiti. acecehhh dah masuk form6 ni confirm2 la matlamat nak masuk Universiti kan. of course la kan :) STPM pun nak dekat . tinggal lebih kurang 20 hari je. real exam 5 November 2012. masa dah suntuk :'< tapi Insya-Allah masih sempat :'>

Azam baru mesti study setiap hari. dah janji dengan BFF kitee. acehhh . adik aku ni sibuk je tengok. tak boleh nak update bila orang tengok. rasa gebelikk. =='
trial baru je lepas. tapi rasa macam teruk sangat. result mesti teruk. dapat rasa kot ;( tak pe ah. yang penting sekarang usaha untuk real exam. harap sangat dapat buat yang terbaik! cayok syera cayok!

hai saya Ardini Afifah :D

Semenjak masuk form6 ni. banyak bende nak kena fikir. banyak benda nak kene buat. Alhamdulillah dapat Jadi exco Penerbitan dan Publisiti (Mpppu). dah jadi exco banyak benda juga kene buat. sekarang dalam proses buat blog untuk Mpppu banyak sangat tergendala kot. ada je yang menghalang. insya-Allah dapat siapkan secepat yang mungkin. harap tak ada masalah lagi. then kene siapkan board untuk AJK mpppu pulak. ni pun nak kene siapkan secepat mungkin. harap dapat buat yang terbaik! :>

sekarang first thing yang  patut di buat adalah mandi! okay   byee :b

Thursday, May 31, 2012

Bestfriend Ever

Salam.

Kawan baik / bestfriend. korang ada ? mesti ada kan. saya juga ada. dah lama~~~~ saya kenal dia tau, sejak daripada tadika lagi. cuma. masa kecik2 kami langsung tak kawan. yang saya tahu. masa kecik2 dulu saya degil dan dia selalu nangis :b hihii tengok ni

amik gambar sebelah2 tapi tak kawan pun. saya pun tak perasan masa tu saya duduk sebelah dia.
saya yang hitam dia yang putih xD comel kan. tahu dah :b

masa sekolah rendah saya tak kawan pun dengan dia sebab kelas lain. sampai la saya sekolah menengah. dapat satu kelas dengan dia. tapi, rapat start daripada form2 kot.


sekarang dia dekat matrik. alhamdulillah, dia dapat keputusan yang baik. tak macam saya. saya tak dengar kata dia. tak belajar rajin2 :(
sebelum nak pergi matrik haritu.27 may 2012 dia ada buat video . untuk semua kawan2. tapi saya tengok video tu pada keesokan harinya.then lepas je tengok vid tu. rasa macam sedih gila k. sedih sangat2. saya nangis gila2. i dont know why. sedih dia lagi teruk daripada sedih kene tinggal pakwe. then mengenangkan pulak dia nak pergi keesokan harinya. lagi lah. lepastu terus la teringat time sekolah.


selalu kat sekolah sama2 pergi situ sama2, pergi sini sama2, anywhere . . . sampai cikgu cakap "awak ni kembar eh" yelah ashik tengok kami berdua je. padahal beza ketara. dia memang kawan baik saya. but dia tak macam kawan baik orang lain. saya tak pernah cerita hal lelaki kat dia. sebab saya tahu dia tak suka, dan dia takkan dengar. sampai ada satu masa saya rapat dengan classmate lain . bukan sebab apa pun,sebab cerita pasal lelaki. and that time, dia jeles sebab saya rapat dengan orang lain. sampai kami bergaduh k. hik3 tapi tak ingat mcam mana boleh baik semula. sebenarnya, saya sangat2 segan dengan dia.ntah kenapa, walaupun dia kawan baik saya , tapi saya segan sangat kat dia. kadang2 takut pun ada.

bila kat kelas, dia paling pandai sekali. selalu orang tanya bab addmath and matematik dekat dia la.. dia kalau ajar saya marah2 je. ajar orang lain elok je. kadang2 saya sedih sangat. sebab dia selalu marah2 saya. sampai saya sanggup tanya orang lain daripada tanya dia. betul. kadang2 kecik hati sangat2 kat dia.

saya sedih sangat, dia dah jauhh. :'( sekarang dia dekat matrik. tapikann. dia kata dia sedih duduk kat matrik. dia nak balik. setiap hari dia mesej saya. dia kata dia sedih. dia nak balik. dia takda kawan. roomate dia semuanya tak sekepala. dia kata dia sorang kat sana. ada kawan tapi bilik jauh. yang satu bilik semuanya . . . . .

sabar la eh fiza. saya tahu awak kan kuat. belajar elok2 kat sana.jaga diri kat tempat orang. jangan lupa saya kat sini tau :')





sayang kat awak :D


NUR HAFIZAH BINTI ZA'BA

Saturday, April 07, 2012

Nak tahu tak?

Assalamualaikum,

heyyyy semuaa. dah lame tak update blog kan. ya yaa yaaa. takdak sapa dah datang blog kiteww. ni yang kiteww nak nanes nihh. pffft. haha entry yang sebelum ni > http://syeraloveyou.blogspot.com/2012/02/permohonan-diterima.html haihh. entry merepek tuhh. abaikan XD hehe so sekarang kira ah dari 9feb sampai sekarang dah masuk april. wehh lame tuu aku tak update blog. aa dan selama tu jugak la aku kerja. sekarang ni kira dah dua kali gaji la. tapi angan2 aku tak kecapaian lagi la. sedihhh. nanti2 jela aku beli beats tu . :( sekarang banyak bende aku kene utama kan. first, nak beli spec baru . tu paling penting. spectacle dah macam nyawa aku tauu. tanpanyaa aku tak boleh hidupp. hahha second, aku nak beli helmet. yeww ah tu penting lu tauu. wa kan minah wempitss. puihhh. haha K saya bukan minah rempit tau. XD hehe and ada lagi satu aku nak beli. yang ketiga dan aku harap sangat impian aku kali ni tercapai. hasil air liur aku kerja pagi petang malam OT. cehhh. tapi ape benda yang aku nak beli tuu tak boleh tau aaa. rahsia. :b taknak la sembang pompang kompang2, last2 tinggal kenangan je. haihhh, merana aii.

Gambar takde kene mengena dengan hidup mati sesape. cari google tadi. kua pulak gamba ni. empunya blog ni ha > http://semanisepal90.blogspot.com , comell je blog tu :3


Korang nak tahu sebenarnye aku kerja apa? nak tahu? alaaa luuu skang jangan main2 sama gua. gua kak yong bukit bukau skang, kerja gua kutip hutang. lu tak bayar gua pancung luu. haha takde ahh. aku kerja, call orang je, mintak bayar tunggakan (sopan) hihihihi


haihhh. sweet gila. K aku takde pakwe pon. kesah ape aku. wkwkwkwkw

mesti pelik kan. kerja ap sehh. ada yang pernah dengar tu tahu la kan. k lah. aku kerja kat Agensi Collector. k tak tahu jugak? buat2 tahu jela. hewhew. yang penting kerja aku call orang setiap hari. so sweet kan. kat office lagi au. sejuk berhawa dingin. ade meja sendiri lagi. haihh. untunglahh. puihhh. haha shadappp. aku bahagia k kerja situ. daripada kerja tempat lain penat. *nak kerja senang je tapi tak nak belajar rajin2* :( aah, bulan 3 hari tu baru dapat result SPM. result tak membanggakan pon. biase2 je ;( tapi aku harap sangat aku dapat sambung belajar. tu je. aku nak sambung belajar dan berjaya. aminnn.


tulahkan baru nak menyesal. menyesal sekarang dah tak guna. Moral of the story: adik2 jangan jadi macam akak comel ni *puihh* belaja rajin2 banggakan mak bapak. K. may Allah bless All of us :) Salam....





Wednesday, February 08, 2012

Permohonan Diterima

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. jangka yang tak di sangka. Hanya berusaha memohon. walaupun masa amat singkat untuk kerja,tak berharap sebenarnya. akhirnya. permohonan kerja sudah diterima. Baru saja dapat panggilan tadi pada jam 04:02. Rasa lega rasa bahagia. Spm sudah 2bulan berlalu. tapi aku masih menganggur tiada kerja. bukan apa. hanya mahu mengisi masa. dapat juga duit tepi kalau kerja. daripada menghuni dirumah , petang2 jalan2 satu pekan macam orang gila. ahhh. semua tu dah boleh letak tepi.



NurhafizahZa'ba:
i'm so sorry. bukan berniat untuk meletak kamu ditepi. atau membiarkan kamu sendiri. sudah ku jelaskan semuanya. maaf beribu kali maaf. harap kamu berani untuk pergi sendiri. i'm so sorry :\




baby beats, wait for me! akan ku kjar kau smpai mati xD





jangan pelik jangan gulana, sejak beberapa hari ini gaya tulis telah dinaik taraf. sudah tertarik degan gaya begini. tidak tahu mengapa dan kenapa. tapi aku sudah jatuh cinta.ini semua sebab Zahiril adzim. ya, dia puncanya. xD harap sangat dapat belajar ayat yang lebih dramatik dan sarkastik. bukan propaganda, bukan penipuan. anyone boleh jadi mentor saya ? minta guru tolong ajar saya. saya hanya bloger picisan yang merepek dikala sendirian . pffft. cukup annoying bukan? itulah saya : ) haha tak dela. tengah bermain dengan mood tulis merepek macam ni. harap maaf. :\




MOOD : HAPPY GILA SEBAB DAPAT KERJA TERIMA KASIH SANGAT YA ALLAH!

Saturday, February 04, 2012

info tentang NABI MUHAMMAD S.A.W

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

assalamualaikum :)

Salam maulidur rasul Syera ucapkan kepada semua warga MUSLIM sedunia (: ececehh. hari ni Syera nak share sikit yang Syera dapat daripada facebook. Ambillah mase sikit untuk baca tentang Riwayat Hidup our Nabi TERCINTA ,
Nabi MUHAMMAD S.A.W

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi
(anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]


Pengalaman bekerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. * Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak. Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.


Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.


Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian. Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.



kalau nak diikutkan. semua kisah2 Nabi ni kalau dibaca, seronok sangat kan.kalau ada yang tersalah/terkurang INFO atau apa2. komen lah.bagitahu syera tau. Syera pon hanya Copypaste saja ;D

Entry ni dicopypaste 4FEB patutnya dipost pagi tadi tapi tak sempat pula. sebab sibuk sedikit. saja ja nak share2 kan. dan Alhamdulillah, Syera dapat berkat Maulidur rasul ni. Sebab apa? sebab akhirnya. Syera dapat jugak pergi Kelas PraL untuk kereta. dah 2,3 kali postpon. Alhamdulillah lega sikit rasa. Tinggal tunggu Lesen L keluar je :D . Mari kita berselawat Ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ



Thursday, January 26, 2012

Enjoy!

okay, sekarang musim cuti sekolah kan. chinese new year lah katekan. semua budak2 sekolah cuti. macam aku lah. cuma aku tiap2 hari cuti :p best ke cuti sekolah? best memang best tapi keje sekolah mung gerenti bergunung kan? ahak padan muka :p tengok macam aku, dah tak sekolah dah. so, be jelly lah kat aku ni . haha


cuti2 ni mesti ramai pergi cuti sana cuti sini kan. untunglah korang. aku duduk rumah je besar kan bontot. my dad koje lah. tak ada cuti banyak. so sad. kalau tak mesti dah boleh balik kedah kan. mak tok! tok yah! i misss chuuuuu :(



hari tu, masa time CNY ada lah pergi waterworld kat BP . bila sampai sana je. mak aihh. ramai gilooooooo. tak jadi masuk terus. kesian kat adik woo. dia dah exsaited bebeno. pahhtuuu ayah pon decide jalan2 je. mula2 pergi mall. pastuu round2 jap kat situ. then ternampak pulak signboard. Taman rekreasi pantai minyak beku. aku pon ape lagi. "ayahhhh ! yok pergi situ nak?" kay. bukan tahu jalan pon main redah je. boleh sesat tu. haha masuk punya masuk punya masuk. jauhla jugak. last2 jumpe jugak pantainya. pakal je tak sesat.


Well, masa sampai2 je. esaited lah jugak. cantik boleh tahan la. pantai kan. cuma yang takbestnya toilet dia la. mau matikk dalam tu. nah tengok gambar lah. hehe



my adik "hafiz" gigih betul nak panjat. haha


adik paling kecik sekali. "hazim"


le mom and dad

my adik jugak. ika, dia punya blog iekasayanggkamo.blogspot.com



and this is me and my mom . really love these picture








enjoy sangat duduk tepi pantai tu walaupun panas. tapi best! tenang, angin banyak. takde nak sakit otak fikir2 bende yang tak sepatutnya. tengok pantai cantik.. enjoy lah senang cite. family semua pon happy je. :D cuma satu je yang aku kecewa. tak dapat nak makan briyani gam yang gila famous tu :( dah habis dah. so sadddd. ;(




p/s ada berita pasal ribut magnet apebenda tu kan :( takot gila . ya ALLAH jangan lah terjadi apa2 yang teruk kat malaysia ni. aku tak sedia lagi :(

Thursday, January 19, 2012

May ALLAH bless all of us :')

Assalamualaikum.


So lets get start. err tak tahu nak karang pendahuluan yang mantop macam mane. well, mentang2 dah habis sekolah. nak start pendahuluan pon tak tahu nak mula cm ne. tu la dia kalau kacang dah lupakan kulit ==' dah 19 hari kita masuk tahun 2012 kan. amacam dengan tahun baru ni? macam mana hidup korang? yang sekolah tu best tak dapat keje sekolah bertimbun? hahahahhaha takpe2 silalah hargai hari2 sekolah anda tu. budak2 macam aku yang dah habis sekolah. sebok nak kesekolah balikkan. lumrah hidup lah kan. umur makin meningkat.

Actually today is IJUL's birthday. err siapa tu ijul. haha kenangan lama je. dah masuk 5 bulan break up dengan dia. hello kalau tak breakup. bulan 2 ni dah dua tahun! *kecoh. dan semenjak tu la kitaorang kawan2 biasa je. hari tu baru je ingat dah taknak kawan dah. tuptup contact balik. sukahati mu lahkan. me okay je kalau nak kawan.


so, i wish you a happy 17 birthday.dah besar dah adik akak. huahuahuaa may ALLAH bless you always. sorry lah bro takda present. ai tengah pokai sekarang. almaklumlah. ai suri rumah sepenuh masa okay. hahahah sekolah elok2 tahun ni nak spm kan. takyah la nak jadi gangster tahi kucen lagi. geli ai. hahaha


tidur tak payah lame2 sangat lah. baik awak tepon saya daripada awak tidur. tengah boring ni. kat awak jelah saya nak luahkan pasaan. thanks la sebab sudi dengar luahan pasaan saya selama ni. walaupun awak ni kadang2 !@#$%^&* hehhee *maaf ayat ni tertapis sendiri la. blog ni tibe2 je taknak keluarkan ayat tu. tak tahu la nape. haha


yeahh! hidup harus diteruskan!! *tetiba. demam tak baik2 lah. mate dah bengkak, macam ikan puyu. errk. cm ne tuu. tekak ni sakit gila. nasib baik la makan masih sedap hahha. kalau bab makan memang. sakit, sakit jugak. makan tetap makan. jangan seksa diri. :p byebye di ucapkan kepada. mohd haziq fahmi bin adam. anda telah berjaya meninggalkan saya begitu saja. saya doakan semoga awak berbahagia. sekian terima kasih :(


yeah. i wish i could meet you for the last time haziq. :'( ohh men. imma crying again. demmdemm! still tak dapat nak terima semua ni!

lagu untukku :

LIFE MUST GO ON . GO SYERA GO! ==' okbai. May ALLAH bless you all :')




Update: macam geli je ek entry ni T.T